Ingatkan Anak Nangis Nak Susu, Rupa-Rupanya Cedera Terkena Peluru Sesat

Kejadian di Indonesia, seorang bayi yang cedera kerana kakinya terkena peluru sesat di rumahnya. 

Difahamkan kejadian berlaku dalam pukul 2.00 pagi ketika ibu bapanya sedang tidur. Menurut bapa kepada bayi berkenaan, dia langsung tidak mendengar sebarang bunyi tembakan kerana sedang nyenyak tidur.

 

Tetapi isterinya pula ada  mendengar bunyi seperti sesuatu jatuh dari atas. Tetapi mereka fikir itu hanyalah bunyi yang biasa dan langsung tidak sangka yang itu adalah bunyi peluru. 

Ketika anaknya tiba-tiba menangis, mereka hanya sangkakan anak itu hanya mahukan susu. Tetapi terkejut apabila melihat kaki anak mereka berdarah. 

Risau melihat keadaan itu, pasangan ini terus membawa bayi tersebut ke hospital untuk menerima rawatan kecemasan.

Selepas ke hospital si bapa dikatakan terus membuat laporan polis untuk siasatan lanjut dan hasil pemeriksaan pihak polis, mereka mendapati peluru itu ditembak dari siling rumah dan terkena mangsa.
 

Sumber: Suara.com , kabarnegri.official