Lucu, bapa kepada penyanyi terkenal Ziana Zain yang membuat panggilan video ketika Ziana Zain sedang membuat persembahan di Konsertnya semalam.
Menurut Ziana, ini bukanlah perkara yang pelik sepanjang bergelar artis kerana bapanya tidak pernah terlepas untuk mengambil berat mengenai aktiviti atau karier seni anak-anaknya sehingga ke hari ini.
“Meskipun saya sudah berusia 56 tahun, abah sentiasa akan pantau setiap perkara berkaitan kerjaya seni.
“Boleh bayangkan pada usia sekarang, seorang ayah yang sudah berumur 83 tahun akan sentiasa ‘check‘ keadaan anaknya.
“Betapa prihatin dan risaunya ibu dan bapa pada saya,” katanya.
Tambah Ziana, bapanya itu meluahkan rasa teruja melihat anak perempuannya itu membuat persembahan solo di atas pentas semalam.
Sumber: Kosmo