Bantuan PRIHATIN: Tips Keluar Duit Tanpa Bawa Pulang Virus COVID-19

bantuan prihatin: tips keluar duit tanpa bawa pulang virus covid-19

Bagi korang yang dah dapat duit Bantuan Prihatin Nasional (BPN) tu mesti excited nak bawa keluarkan kan?

Btw, jangan terlalu excited dan sebolehnya gunakan dengan sebaik yang mungkin. Rancang dengan sebaiknya supaya tidak terlebih belanja.

Dalam pada masa yang sama, ada satu benda yang kitorang nak share iaitu macam mana korang patut bawa keluar duit tanpa membawa pulang virus COVID-19.

1. Semak status permohonan

Daripada korang terus ke bank, lebih baik korang semak dahulu status permohonan korang tu. Perkara ni dapat elakkan kesesakan dan beramai-ramai di bank. Korang boleh semak status permohonan di https://bpn.hasil.gov.my/.

2. Pilih ATM yang terdekat

Lepas dah lulus, korang pilih je mana-mana ATM yang terdekat. Jangan risau soal charge RM 1 tu sebab kerajaan dah mansuhkan yuran tersebut sepanjang tempoh PKP ni. Jadi, tak kisahlah bank apa, keluarkan je dekat mana-mana ATM.

3. Jaga jarak ketika menunggu giliran di ATM

Kalau orang ramai dekat ATM, seboleh-bolehnya jaga jarak sosial dengan orang sekeliling. Penjarakan sosial ni paling kurang satu meter. Benda ni nampak macam remeh tapi sebenarnya sangat berkesan untuk memutuskan rantaian penyebaran virus.

4. Terus balik rumah dan bersihkan diri

Lepas dah keluarkan duit, terus pulang ke rumah sekiranya tidak ada sebarang urusan penting. Sampai sahaja di rumah, jangan jumpa keluarga terlebih dahulu. Tapi, bersihkan badan dengan mandi dan terus basuh pakaian dalam air sabun.