Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengumukan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) akan dibayar mengikut peringkat. Pihak kerajaan akan membayar dalam dua fasa dengan jumlah keseluruhan BPN sebanyak RM9.24 bilion.
"Sukacita saya memaklumkan, bagi fasa pertama BPN pakej Prihatin (Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat), 8.3 juta penerima isi rumah dan individu bujang sudah diluluskan.
"Pembayaran fasa pertama ini yang berjumlah RM5.63 bilion akan dibuat secara berperingkat mulai 6 April 2020 (Isnin)," katanya dalam satu kenyataan.
Selain itu, beliau juga mengingatkan orang ramai supaya tidak tertipu dengan scammer yang akan mengambil peluang untuk memperdaya orang ramai.
Jadi, kalau korang tak nak tertipu pastikan korang hanya mendaftar, menyemak dengan agensi-agensi yang sah dan tepat sahaja.
Sumber: Astro Awani