Bantuan PRIHATIN: Bila Pemohon Baru Dan Rayuan Akan Dapat Keputusan?

bantuan prihatin: bila pemohon baru dan rayuan akan dapat keputusan?

Baru-baru ni, Perdana Menteri telah mengumumkan satu bantuan yang dikenali sebagai Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kepada rakyat Malaysia untuk meneruskan kehidupan dalam waktu-waktu yang sukar.

Kalau ikutkan, BPN ni akan diberi kepada mereka yang layak dan pernah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH). Bagaimanapun, bagi mereka yang baharu atau tidak layak, korang masih lagi boleh membuat permohonan dan juga rayuan sehingga 30 April ini.

Mesti korang tertanta-tanya kan, permohonan baharu dan rayuan ni akan dapat keputusan?

Berdasarkan FAQ yang dikeluarkan oleh LHDN, proses permohonan dan rayuan akan dilakukan selepas tarikh tutup. Jadi, korang semua akan dapat keputusan selepas tempoh itu.

Maka, buat masa ini amalkan perbelanjaan berjimat cermat. Kemudian, terus jaga kebersihan dan juga kesihatan.

Sumber: FAQ LHDN