Banjir atau PRU, atau PRU dalam banjir?

banjir atau pru, atau pru dalam banjir?

Foto: AWANI (sekadar hiasan)

Dalam macam-macam spekulasi pasal tarikh PRU15, muncul lagi kenyataan baru. Mesyuarat Kabinet minggu lepas beri bayangan PRU15 takkan diadakan time negara berhadapan musim banjir. Menteri Pembangunan Luar Bandar cakap, tarikh pilihan raya ada dibincangkan tapi terpulang kepada Perdana Menteri untuk menetapkannya. Kata Datuk Seri Mahdzir Khalid lagi, mesyuarat tu lebih fokus kepada persediaan untuk hadapi banjir.

Senada seirama adalah Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin. Bercakap pasal isu tarikh PRU yang dibincang dalam mesyuarat Kabinet semalam, KJ kata pada akhirnya ia terpulang kat Perdana Menteri untuk menentukan waktu yang sesuai. Serahkan kepada yang berhak buat keputusan. Dari segi pendirian pulak, KJ berpendapat cadangan untuk buat PRU-15 masa musim tengkujuh adalah tak sesuai. Jelas beliau, ada banyak perkara akan terjejas kalau nak diadakan jugak. Memang ada betulnya. Kalau nanti time PRU nanti time tulah jugak banjir, aduh mana lagi nak urus mangsa bencana, lepas tu mungkin kat situlah jugak PPS, ha kat situ jugaklah pusat undi. Kalut haru biru dibuatnya. Tu belum isu keselamatan dan kesihatan. Tenaga kerja lagi. Sekali lagi aduh…

Geng, hidup ini memang soal pilihan sejak dari awal lagi. Dalam keadaan masih selesa diberi pilihan dan bernasib baik belum diuji sekejam dan sekerasnya dugaan, usahakan buat pilihan yang memudahkan urusan insan lain…setidak-tidaknya. Tuhan penuh kasih sayang dan kita juga sepatutnya. Semoga Malaysia terus dirahmati. 

banjir atau pru, atau pru dalam banjir?

Oh ya, banjir atau tak banjir bukankah sebaik-baiknya kita bersedia? Bersedia dengan bantuan jugak pakej empati dan sifat ihsan yang mahal, bukan dengan PRU. (Keluhan yang berat) 

 

Oleh: KJ 

Sumber & gambar: AWANI, BERNAMA, Harian Metro, Berita Harian, Kosmo & internet.