Penyanyi popular Misha Omar ternyata terkejut apabila mendapat ramai penduduk di negeri kelahirannya, Kelantan mencatatkan jumlah ketidakhadiran yang tinggi ke proses vaksinasi COVID-19.
“Mereka ini sudah mendaftar dan berjaya mendapatkan tarikh temu janji, tetapi tidak pergi cucuk. Individu yang nak sangat-sangat vaksin ini, tapi tak dapat.
“Kami (yang tak dapat temu janji) ini lagi sedih, bagi la dekat kami. Betul tak? Ini satu perkara yang mendukacitakan.
“Lagi satu perkara, saya rasa terlalu banyak orang yang tidak berilmu menyebarkan perkara-perkara yang menakut-nakutkan mereka.
“Golongan ini pandai, tidak berilmu dan mereka sasarkan kepada orang yang tidak berilmu juga,” ujarnya.
Tambah pelantun lagu “Sampai Bila” itu lagi, “Mana-mana anak yang duduk di luar Kelantan, tolong telefon ibu bapa merek hari-hari, tanya khabar mereka dan sebagainya.
“Tanya juga kenapa tidak mahu divaksin, ceritakan kebaikan vaksin kepada mereka sebab mereka ini berisiko terutama yang berusia 50 tahun ke atas.
“Virus ini memang tidak kira muda atau tua, tetapi warga emas ini yang paling kita hendak lindungi,” katanya.
Sumber: [1]