Baddrol Bakhtiar “Legend” Kedah!

baddrol bakhtiar “legend” kedah!

Peminat bola sepak tempatan, Kedah khususnya pasti kenal dengan nama Baddrol Bakhtiar. Membuat penampilan pertamanya dalam saingan Liga Malaysia bersama Kedah pada musim 2006-2007dan masih kekal bersama skuad Lang Merah sehingga kini.

Sepanjang tempoh tersebut, Baddrol telah melakukan 355 penampilan dan menjaringkan 116 gol daripada posisi pemain tengah.

baddrol bakhtiar “legend” kedah!

Ini je dah boleh dikatakan sebagai rekod cemerlang sebab tak ramai pemain kekal dengan satu pasukan sepanjang karier mereka dalam saingan Liga-M ni. Kalau berjaya buat ni dah boleh diangkat sebagai “legend” dah rasanya.

Baru-baru ini, status Baddrol Bakhtiar sebagai “legend” skuad Lang Merah diangkat lagi. Ini selepas kapten Kedah ini dinobat sebagai Pemain Terbaik Sedekad pasukan itu antara tahun 2011 hingga 2020. Anugerah yang dianjurkan oleh Persatuan Bolasepak Kedah itu diadakan secara online dan diundi oleh penyokong.

baddrol bakhtiar “legend” kedah!

Baddrol meraih hampir 77 peratus undi jauh meninggalkan pencabar terdekatnya iaitu Liridon Krasniqi yang kini bersama dengan JDT yang hanya meraih 7 peratus undian.

Antara pesaing lain ialah Khyril Muhymeen Zambri dengan 3.9 peratus undian, Khairul Helmi Johari 3.6 peratus, Ken Ilso 3.5 peratus dan Sandro da Silvadengan 2.5 peratus undian.

Rasanya tak salah peminat Kedah mengundi Baddrol untuk anugerah ini. Selain berkhidmat lama dengan skuad Lang Merah, Baddrol juga membantu Kedah menjulang beberapa trofi.

baddrol bakhtiar “legend” kedah!

Dalam tempoh 10 tahun ini, Kedah muncul juara Liga Premier 2015, juara piala Malaysia 2016, juara Piala Sumbangsih pada 2017 dan memenangi Piala FA sebanyak 2 kali pada 2017 dan 2019.

baddrol bakhtiar “legend” kedah!

Di peringkat antarabangsa pula, Baddrol membantu skuad kebangsaan meraih emas 2 kali berturut-turut pada temasya Sukan SEA 2009 dan 2011 selain membantu skuad Harimau Malaya muncul naib juara Piala AFF 2014.

FA Kedah mengucapkan tahniah kepada Baddrol kerana memenangi anugerah tersebut dan turut berterima kasih kepada semua penyokong yang terlibat dalam proses undian tersebut.

Oleh: Karami Kamel

 

ARTIKEL BERKAITAN