Dituduh ‘Over’, Baby Shima Tak Faham Kenapa Dirinya Selalu Dikecam Netizen

“Okey lagi tu, saya duduk atas Kak Long 7E, daripada duduk atas Aliff Syukri.”

dituduh ‘over’, baby shima tak faham kenapa dirinya selalu dikecam netizen

Demikian kata penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima selepas menerima kecaman netizen mengenai video TikTok tular yang dihasilkan bersama Datuk Seri Aliff Syukri dan Kak Long 7E.

Sebelum ini, tular video TikTok yang memperlihatkan dirinya berpakaian baju sekolah sambil duduk di atas belakang Kak Long 7E yang merangkak di atas lantai. Dalam video sama, turut disertai Aliff Syukri.

Kongsi Baby Shima, aksi tersebut merupakan lakonan semula filem Musang Berjanggut dan dilakukan untuk dijadikan sebagai ‘content’ TikTok. Ketiga-tiga mereka telah berbincang terlebih dahulu sebelum melakukannya.

“Sebenarnya, saya dan Aliff berpakaian sekolah itu bagi menyiapkan rakaman muzik video untuk single duet terbaru kami, Baby Sayang yang akan dilancarkan pada 17 Ogos ini.

“Selepas rakaman muzik video selesai, kami buat pula 'content' Tik Tok dengan melakonkan semula satu babak filem Musang Berjanggut. Malah, penampilan Kak Long 7E dalam video itu pun bukan sebagai guru," katanya kepada portal akhbar tempatan.

Tambah penyanyi yang kini berusia 29 tahun itu, dia tidak mengerti sikap segelintir netizen yang suka menjadikan dirinya sebagai isu serta terus-menerus mengecamnya dengan pelbagai dakwaan tidak berasas.

“Sebelum ini, saya bergelek pun dikecam teruk. Saya adalah penyanyi dangdut dan bergelek itu perkara normal. Tapi, saya didakwa pula beraksi lucah dan sebagainya dengan bermacam hinaan serta kecaman yang dilemparkan.

“Apapun, saya dapati tindakan segelintir netizen yang selalu menghina dan mengecam ini bukanlah peminat dangdut atau peminat saya sendiri. Jika tidak, mereka pasti dah tahu saya bagaimana,” ujarnya.


Sumber: HMetro