“Nyanyi Sambil Diri Tegak Pun Kena Kecam” - Baby Shima Pelik Asyik Kena Kecam Netizen

Penyanyi dangdut popular, Baby Shima, 30, mengaku bingung susulan kecaman daripada netizen tidak henti-henti dilemparkan kepadanya.

“nyanyi sambil diri tegak pun kena kecam” - baby shima pelik asyik kena kecam netizen

“Tengoklah sendiri, saya menyanyi berdiri tegak tak gelek pun orang kecam kata saya propa acah baik dan suci,” katanya ketika mengulas mengenai satu persembahan yang dijayakannya baru-baru ini.

Menurut Shima, dia mengambil keputusan tidak mahu bergelek ketika membawa lagu “Pura-Pura Bujang” selepas teruk dikecam sebelum ini berhubung isu tarian gelek melampau.

“Memang saya menyanyi dalam keadaan berdiri tegak tanpa gelek seperti biasa anda lihat tu.

“Saya ambil positif teguran semua pihak dan ambil pendekatan untuk menyanyi saja tanpa gelek. Namun, itu membuatkan peminat kecewa dan ada yang marah saya usai persembahan.

“Kesudahannya anda tengok sendiri, saya tetap kena marah dan dikecam juga. Apa salah saya dan apa apa yang mereka mahukan sebenarnya?,” katanya.

 

Sumber: Kosmo