Penyanyi dangdut popular, Baby Shima kini berada di Indonesia bagi meneruskan aktiviti seninya.
Menerusi satu hantaran baru di Instagram, Shima menyatakan keterujaannya kembali ke negara seberang setelah sekian lama.
“Akhirnya pulang ke rumahku, Indonesia. Hello Indonesia, Shima sudah pulang,” tulis penyanyi berusia 29 tahun itu pada hantaran terbabit.
Sementara ramai netizen Malaysia terus mengecam pelantun lagu “Pura-Pura Bujang” itu dengan berharap dia tidak akan pulang ke negara ini lagi, lain pula dengan kebanyakan peminat Indonesia yang meninggalkan komen positif serta kata-kata semangat buatnya.
“Welcome to Indonesia, di sini jauh dari cacian dan kecam,” kata seorang penyokong Indonesia.
“Indonesia lebih menerima kamu seadanya,” tulis peminat Indonesia lain.
“Welcome home Shima, kami menyokong anda,” tulis peminat lain.
Terdahulu, nama Baby Shima terus-menerus menjadi subjek kecaman kebanyakan netizen Malaysia selepas ramai yang menyifatkan tindakan penyanyi itu sebagai keterlaluan dan gemar mencetuskan kontroversi dalam media sosial.
Baby Shima mula mencipta nama di negara seberang selepas menyertai program realiti televisyen, D’ Academy Asia musim ketiga pada 2017.
Sebagai perkongsian, dia merupakan satu-satunya penyanyi kelahiran negara ini yang bernaung bawah label rakaman terbesar Indonesia, iaitu Nagaswara.
Sumber: Instagram