‘Alhamdulillah, Baby Emon Is On The Way’ - Syasya Umum Hamil Anak Sulung

Selepas berbulan mendiamkan diri, akhirnya penyanyi yang juga bekas ahli kumpulan Dolla Syasya Rizal mengesahkan dirinya sedang hamil anak sulung. 

Menurut Syasya, dia berkongsi berita gembira tersebut bersama suami menerusi sebuah hantaran Instagram hari ini yang memaparkan dia memegang helaian akhbar yang tertera dia dan suami akan menyambut kelahiran bayi sulung.

 

 

“Alhamdulillah.

“Baby Emon is on the way (baby Emon bakal dilahirkan),” katanya.

Menerusi gambar yang dikongsinya itu, Syasya dilihat memegang ‘baby bump’ yang sebelum ini kerap menjadi bahan bualan ramai.

Rata-rata komen netizen mengucapkan tahniah  atas pengumuman berita gembira tersebut.

Sumber: Kosmo