Rumah tangga pasangan Aziz M Osman dan isteri, Puteri Lily Lokman yang dibina 13 tahun lalu, akhirnya kini terlerai.
Perkara itu didedahkan oleh Puteri Lily menerusi hantaran di Instagram Story, pada Ahad.
Ujar Puteri Lily, ia dibuat bagi mengelakkan timbulnya fitnah.
“Assalamualaikum kepada ahli keluarga dan kawan rapat, ramai yang bertanya tentang status hubungan saya dengan Aziz.
“Saya dengan rendah diri ingin menyampaikan berita.. Saya dengan Aziz sudah berpisah dengan cara baik bulan lalu,” tulisnya dalam media sosial.
Ujarnya, mereka berpisah secara baik sejak awal bulan yang lalu lagi.
"Secara rasminya, saya dan Aziz berpisah dengan cara baik awal bulan lalu dan tiada kaitan orang ketiga.
"Ditakdirkan jodoh kami sampai di sini, tetapi kami masih mempunyai hubungan baik demi anak-anak," katanya.
Terdahulu, Aziz M Osman dan Puteri Lily mendirikan rumah tangga sejak 6 Jun 2010 dan dikurniakan dua orang cahaya mata,
Ia merupakan perkahwinan kali ketiga buat pengarah terkenal itu, selepas bergelar suami kepada pelakon, Nor Aliah Lee (enam orang cahaya mata) dan Nor Radhiah pada 4 April 2008.
Sumber: Sinar Harian