Pelakon jelita, Azira Shafinaz akui kini sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya bersama kekasih hati.
Menurut pemilik nama sebenar Azira Shafinaz Ramlan, 33, beliau akui bahagia bersama dengan orang yang sama dikenalinya sejak 12 tahun lalu.
“Saya masih bahagia sampai sekarang dengan orang yang sama, alhamdulillah. Kami pun sudah 12 tahun berkenalan.
“Sudah semestinya saya bersedia untuk ke fasa perkahwinan. Nak tunggu sampai bila pun hanya buang masa.
“Saya cuma rasa macam it’s now or never,” kata Azira yang juga salah seorang ahli kumpulan DeFam.
Azira bagaimanapun enggan memberi perincian lanjut mengenai perkahwinannya dan pasti akan berkongsi berita gembira itu kepada semua apabila tiba masanya nanti.
“Kami selalu bercakap-cakap mengenai hal kahwin tetapi saya tidak boleh dedahkan apa-apa lagi buat masa ini.
“Kalau semuanya sudah sahih, sudah semestinya saya akan berkongsi berita gembira kepada semua,” ujar beliau.
Sumber: HIB Glam