Pelakon dan penyanyi, Azira Shafinaz seakan memberi bayangan bakal menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat, menerusi ucapan yang dibuat oleh kekasihnya sempena hari lahirnya baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di IG Story, pemilik nama sebenar Azira Shafinaz Ramlan, 32, mengulang siar ucapan istimewa oleh lelaki yang dikenali sebagai Yasser Khan, sempena sambutan hari lahirnya baru-baru ini.
“Selamat hari lahir kepada cinta hati saya. ‘Beautiful heart and soul you are’. Semoga Allah SWT merahmati awak dengan kesihatan yang baik sayang. ‘Love you baby’,” ucap Yasser.
Azira kemudian mengulang siar ucapan itu dengan penuh kesyukuran kerana dipertemukan dengan lelaki yang baik dan membuatkannya kenal erti cinta.
“Sayang, kenapa awak buat saya menangis? Saya menunggu ucapan (hari lahir) daripada awak, berbanding orang lain.
“Terima kasih kerana mengajar saya perasaan bagaimana dicintai oleh seseorang yang baik hati seperti awak.
“Saya mungkin tidak selalu berkata mengenainya, tetapi saya mahu awak tahu bahawa saya bersyukur dengan kehadiran awak. Saya cintakan awak sayang,” balas Azira.
Dalam hantaran lain, Azira turut berkongsi foto bersama kekasihnya itu dengan kapsyen seakan-akan memberi bayangan menanti giliran untuk ‘disatukan’.
“Tidak lama lagi mungkin giliran kita (berkahwin), insya-Allah,” tulisnya.
Bagaimanapun, masih belum ada sebarang pengesahan rasmi mengenai perkara ini dibuat oleh Azira mahupun kekasihnya.
Sumber: Instagram