“Makin Cakap Makin Menjadi” - Azhar Sulaiman Dah Hilang Akal Nak Nasihat Kasih Leona

Pelakon veteran, Azhar Sulaiman berkongsi dia telah habis akal untuk menasihati anaknya, Kasih Iris Leona yang kerap mencetuskan kontroversi serta sering menjadi bualan hangat komuniti netizen.

“makin cakap makin menjadi” - azhar sulaiman dah hilang akal nak nasihat kasih leona

Azhar, 51, mendedahkan hal tersebut dalam satu perbualan bersama rakan pelakon, Aida Aris menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram.

Dalam perbualan terbabit, Aida mengatakan Kasih terlalu popular saat ini. Justeru, dia menasihatkan Azhar supaya berbincang baik-baik dengan anaknya yang berusia 20 tahun itu agar lebih menjaga batas diri.

“Hari-hari dia buat saya panas bontot. Sudah (nasihat) tapi makin cakap makin menjadi,” katanya.

Aida juga menyarankan Azhar untuk cuba gunakan kemahirannya sebagai pelakon untuk menangani Kasih. Namun, Azhar akui Kasih pasti akan kenakan dia semula.

“Aida kata cubalah 'slow talk' dengan dia. Suruh berlakonlah sedih sikit dan cakap sampai hati dia (Kasih) buat kat 'daddy' macam ini.

“Macam mana mahunya nanti dia cakap balik, sekarang kamu tengah berlakon dengan saya?” demikian perkongsian Azhar.

Terdahulu, Azhar juga pernah mengaku anak perempuannya yang diikuti lebih 760,000 pengikut di TikTok itu gemar berpakaian seksi meskipun dia melarangnya.

Bagaimanapun, tambah Azhar, setiap keluarga pasti akan berhadapan dengan pelbagai masalah melibatkan anak-anak mereka.

 

Sumber: HMetro

ARTIKEL BERKAITAN