Tak Boleh Kawal Marah, Azhar Sulaiman Hampir Hempas Anak Sulungnya Masa Bayi

Pelakon, Azhar Sulaiman mendedahkan beliau pernah hampir menghempas anak sulungnya, Kasih Iris Ixora ketika masih bayi, gara-gara tidak mampu menahan kemarahan.

tak boleh kawal marah, azhar sulaiman hampir hempas anak sulungnya masa bayi

Menurutnya, insiden itu berlaku ketika pergaduhan bersama isteri, Chempaka Emalin Pahamin, namun ia dapat dielakkan sebaik beliau sedar akan tindakannya itu.

 

“Saya pernah berada dalam situasi kritikal di mana kalau ikut rasa amarah sesuatu yang buruk mungkin akan berlaku.

“Saya baru balik penggambaran sekitar pukul 5 pagi dan ketika itu Kasih baru lahir. Saya sampai rumah tengok Chempaka tidur dengan Kasih menangis disebelahnya.

“Chempaka suruh saya buat susu untuk anak namun saya cakap baru balik kerja, dialah kena bangun dan buatkan susu.

“Dia tak nak bangun sampai saya geram dengar Kasih menjerit. Saya angkat dan nak hempas dia kat dinding tapi mujur saya tersentak dan istighfar banyak-banyak,” katanya menerusi perkongsian di TikTok.

 

Meskipun ia sudah lama berlaku, Azhar berkata ia masih segar dalam ingatannya dan masih tidak dapat melupakannya.

 

“Saya baru baiki kereta, dia bawa kereta itu lalu kemalangan. Dia balik saya marahlah tapi dia buat bodoh saja sampaikan saya pula cari pasal dengan orang,” kongsinya.

tak boleh kawal marah, azhar sulaiman hampir hempas anak sulungnya masa bayi

Pelakon senior itu turut menitipkan pesanan kepada orang ramai supaya menjadikan kisah itu sebagai pengajaran.

 

“Berdasarkan dua insiden yang saya ceritakan, beringatlah ketika kita marah, takut dalam beberapa saat saja kita dah buat satu kesilapan besar dalam hidup.

“Dalam dunia ini mana ada orang yang tak marah, semua orang akan melalui situasi sama apabila hati disakiti atau terbabit dalam pergaduhan.

“Apabila kita marah, kena berjaga-jaga dan jangan layankan sangat perasaan,” ujarnya.

 

Bagaimanapun video yang dikongsikan beliau itu telah pun dipadam daripada media sosial Tiktok.

 

Sumber: HIB Glam