‘Belajar Baik-Baik’ - Azhar Sulaiman Harap Leona Bawa Pulang Imej Baru Selepas Belajar Di UK

Pelakon Azhar Sulaiman berharap anak perempuannya, Kasih Iris Leona yang baru berlepas ke United Kingdom (UK) bagi melanjutkan pelajaran akan pulang dengan imej baru kelak.

‘belajar baik-baik’ - azhar sulaiman harap leona bawa pulang imej baru selepas belajar di uk

Menurut Azhar, tiga tahun berada di negara orang bukanlah satu tempoh yang panjang.

Bagaimanapun, dia ingin melihat anaknya itu berubah menjadi individu yang lebih baik.

“Saya tidak rasa sedih sangat, mungkin kerana mereka sudah mengembara ke seluruh negara sejak kecil dengan menyertai pelbagai program.

“Tempoh tiga tahun tidak lama dan cukup masa untuk Leona pulang dengan imej baharu. United Kingdom sejuk,” ujarnya.

Tambahnya, dia pasti akan terasa sunyi tanpa kehadiran anak tercinta itu selepas ini.

“Belajar dengan baik dan jangan tinggal solat. Dunia saya akan sunyi selepas ini,” ujarnya.

Terdahulu, Leona dan kembar lelakinya, Andika Rees Pahamin berlepas ke UK bagi melanjutkan pengajian.

Mereka bagaimanapun, difahamkan berbeza tempat pengajian.

 

Sumber: Kosmo