‘Tak Jadi Nak Sedih’ - Terhibur Lihat Reaksi Azal Terkentut Ketika Berbual Deep Bersama Ibunya

Pelakon Zarina Zainuddin berkongsi sebuah video yang pada awalnya merupakan perbualan yang agak sedih bersama anak lelakinya, Azal tentang apa yang akan berlaku jika dirinya sudah tiada. 

Di dalam video tersebut Azal kelihatan terdiam selepas mendengar soalan ibunya itu.  Kedua mereka kelihatan sedih dan Zarina juga turut mengalirkan air mata pada momen itu. 

“Kalau satu hari nanti ibu tak ada dalam dunia ni, ibu dah meninggal dunia macam mana Azal?’, tanya Zarina kepada Azal. 

 

Azal juga turut meluahkan rasa sayangnya terhadap abangnya Azil. Menurutnya, dia sangat sayang akan abang kembarnya itu, cuma kadang kala Azal tidak tahan apabila abangnya itu mengamuk. 

Dalam ketika momen yang sedih itu, Azal sempat terkentut ketika sedang berbual bersama ibunya. Yang lagi menarik perhatian ramai, reaksinya yang seolah tidak bersalah itu telah berjaya membuatkan netizen terhibut. 

“Tak jadi nak sedih”, kata salah seorang daripada netizen. 

‘tak jadi nak sedih’ - terhibur lihat reaksi azal terkentut ketika berbual deep bersama ibunya

‘tak jadi nak sedih’ - terhibur lihat reaksi azal terkentut ketika berbual deep bersama ibunya

Sumber: Instagram @zarinazainuddin_