‘Azal, Jodoh Awak Mungkin Tak Ada Di Dunia Tapi Kat Syurga Nanti Dapat Bidadari’ - Zarina Zainuddin

Setiap manusia sudah pasti mempunyai keinginan untuk hidup bahagia bersama kekasih hati. 

Perkara ini juga turut dirasai oleh anak kembar autisme pelakon Zarina Zainuddin iaitu Azal dan Azrai 

Zarina juga turut berkongsi yang Azal sememangnya mempunyai keinginan untuk berkahwin. 

“Azal sekarang dah berumur 26 tahun, nak masuk 27 dah. Dia memang ada keinginan untuk berkahwin tetapi Azal ni masalahnya dia tak nak kahwin dengan orang yang sama dengan dia. Dia nak kahwin dengan orang yang normal.

“Mana nak cari orang normal yang impian dia tu dia nak yang cantik, tinggi lampai, kulit putih melepak, mata bulat, kaki panjang, rambut panjang. Dia perempuan rambut panjang je bukan yang bertudung.” katanya. 

Kasihan melihat gelagat anaknya, Zarina sering memujuk Azal dan bepesan mungkin jodohnya tiada di dunia, namun pasti dia akan mendapatkan bidadari yang cantik di syurga. 

“Azal jodoh awak mungkin tak ada di dunia, kat sana nanti awak dapat bidadari. Kemudian dia cakap apa tau, ‘baiklah ibu’. Awak ok Azal?, ‘saya ok ibu’.

“Dia macam dah terima keadaan itu. Terima keadaan diri dia tak kahwin dan dia tak letak harapan yang tinggi.” tambahnya.

 

Sumber: Awani