Ayda Jebat Tak Mahu Lagi Berlakon Babak Mesra Atau Sentuh Lelaki

Ayda Jebat kini bukan sahaja pelakon dan penyanyi malah beliau merupakan juga seorang isteri dan ibu.

ayda jebat tak mahu lagi berlakon babak mesra atau sentuh lelaki

Disebabkan itu beliau mengakui sudah tidak mahu lagi melakonkan aksi mesra atau bersentuhan dengan mana-mana pelakon lelaki.

 

Menurut pemilik nama sebenar Nur Suhada Jebat, tidak ada lagi keperluan buatnya untuk melakonkan aksi sedemikian terutamanya selepas beliau kini menjadi isteri dan ibu.

 

Malah katanya lagi babak terlebih mesra atau keterlaluan tidak semestinya perlu ada dalam sesebuah filem atau drama bagi memberikan impak dan ujarnya bagaimana pula penerimaan pasangan pelakon terbabit.

ayda jebat tak mahu lagi berlakon babak mesra atau sentuh lelaki

“Kadang-kadang bila tengok cerita babitkan pelakon yang dah berkahwin dan buat aksi-aksi tak sepatutnya ataupun melampau, terfikir juga bagaimana agaknya penerimaan pasangannya?

“Memanglah saya pelakon, tapi tanggungjawab sebagai isteri dan ibu itu perlahan-lahan dah dipegang. Saya dah tak perlu cerita cinta yang kena bertepuk tampar atau berpegangan tangan dengan lelaki,” katanya.

 

Mengambil contoh filem atau drama dari Korea Selatan, jelasnya tidak perlu pun babak romantis dan keterlaluan namun ia sudah cukup membuatkan penonton tersenyum.

 

Ayda Jebat telah mendirikan rumah tangga bersama Nabil Mahir pada 1 Januari 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ana Nayla pada 21 September tahun lalu.

 

Sumber: HMetro