‘Saya Bukan Wanita Memandang Harta’ - Ayda Jebat Perjelas Dakwaan Kahwini Nabil Mahir Kerana Duit

Timbul dakwaan yang mengatakan selebriti popular, Ayda Jebat berkahwin dengan suaminya, Nabil Mahir hanya disebabkan kekayaan yang dimiliki pasangannya.

‘saya bukan wanita memandang harta’ - ayda jebat perjelas dakwaan kahwini nabil mahir kerana duit

Bagaimanapun, menurut Ayda, dakwaan itu sama sekali tidak berasas kerana dia tidak pernah terfikir ke arah itu semasa awal perkenalan mereka.

Sehingga hari ini pun, segala benda yang diinginkan pasti akan dibeli menggunakan wang miliknya sendiri.

“Saya bukanlah seorang wanita yang memandang harta. Benar, Nabil ada memberikan nafkah kepada saya, tetapi bagi saya, kita tidak boleh terlalu bergantung pada duit suami semata-mata.

“Apa yang saya nak, saya beli sendiri. Nabil juga sangat kenal dengan saya yang tidak suka meminta-minta, walhal dia sering tanya kenapa tak minta sahaja daripadanya.

“Saya selesa dengan cara begini. Kalau saya beli barang, saya anggap sahaja yang ia merupakan rewards kepada diri sendiri. Cukuplah Nabil dah beri saya kasih sayang dan perhatian,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Ayda baru-baru ini muncul dengan single terbaru berjudul “Tak Bisa Lepas” hasil ciptaan dan tulisan bersama komposer Indonesia, Irwan Simanjuntak.

Kongsi Ayda, single yang telah dirakamkan kira-kira tiga tahun lalu itu menceritakan perjalanan cinta bersama pasangannya yang sekarang, iaitu Nabil.

“Saya tulis apa yang terlintas sepanjang perkenalan dengan Nabil dalam lagu ini sebagai memori untuk kami berdua.

“Tambahan pula, sudah agak lama juga saya tidak muncul dengan single baru. Semoga lagu ini dapat diterima baik oleh pendengar dan peminat serta pasangan yang sedang bercinta,” ujarnya.

 

Sumber: Astro AWANI

ARTIKEL BERKAITAN