Waspada Borang Palsu Daftar Vaksin COVID-19 Yang Tular Di WhatsApp

Ketika ini, rakyat Malaysia secara keseluruhannya telah selesai dan sedang menantikan giliran untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

 

Ketika masih ramai yang menunggu giliran untuk divaksin, ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan dengan menyebarkan borang permohonan palsu khususnya di aplikasi WhatsApp dan media sosial lain.

 

Mesej yang tular di laman sosial itu adalah tidak sahih dan ia boleh menyebabkan maklumat dan data peribadi anda tersebar meluas, dan berisiko untuk disalahgunakan.

waspada borang palsu daftar vaksin covid-19 yang tular di whatsapp

Justeru, anda dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan abaikan sebarang borang pendaftaran vaksinasi yang disebarkan di WhatsApp atau mana-mana saluran tidak rasmi. Lindungi data peribadi anda daripada disalah guna. Rujuk saluran rasmi JKJAV untuk sebarang maklumat tentang vaksin COVID-19.

 

Daftar untuk vaksinasi menerusi laman rasmi https://vaksincovid.gov.my/panduan

 

Sumber: JKJAV

 

 

 

ARTIKEL BERKAITAN