Awal Ashaari dan Scha Alyahya Sepakat Hantar Anak Baru Usia Dua Tahun Ke Sekolah

Pelakon dan pengacara, Awal Ashaari mendapat kata sepakat bersama isterinya, Scha Alyahya untuk menghantar anak kedua mereka, Lila Amina ke sekolah seawal usia dua tahun.

awal ashaari dan scha alyahya sepakat hantar anak baru usia dua tahun ke sekolah

Menurut Awal, mereka berbuat demikian kerana mahu anak-anak terdedah kepada sistem pengajian dari peringkat awal usia.

 

“Setiap pagi sekarang, Lila sudah tahu bila nak ke sekolah. Dia akan cakap ‘bye’ nak pergi sekolah. Sebab cara kami, memang mahu perkenal persekitaran pembelajaran itu lebih awal kepada anak-anak.

“Malah, sekarang pun Lina sudah pandai mengira satu hingga sepuluh. Sebab kalaulah dia hanya duduk rumah, mungkin situasi itu lambat berlaku memandangkan jadual kerja saya dan Scha pun tidak menentu,” kata Awal.

awal ashaari dan scha alyahya sepakat hantar anak baru usia dua tahun ke sekolah

Tambah Awal lagi, niatnya hanya mahu yang terbaik untuk anak-anak.

 

“Cuma bila kita hantarnya ke sekolah, minggu pertama dia ada menangis. Kemudian sudah boleh menerima dengan rutin tersebut.

“Pihak sekolah pun memaklumkan aktiviti anak-anak sepanjang kelas. Apa aktiviti yang mereka belajar dan sebagainya.

“Balik rumah, kita pun bertanya makan, belajar apa di sekolah hari ini contohnya dan Lila mampu beri jawapan yang betul berdasarkan video yang dikongsikan pihak sekolah.

“Jadi daripada situ kita nampak dia sudah mampu bercerita dan berkongsi apa yang dilakukan di sekolah. Skil begitulah yang saya dan Scha fikir… kalaulah dia duduk di rumah mungkin hanya tengok TV saja. Pembantu rumah pula sibuk uruskan kediaman.

“Jadi itu antara sebab kami buat keputusan untuk menghantar mereka ke sekolah. Sekurang-kurangnya ada akitiviti bermanfaat yang boleh dilakukan selain melatih dia untuk berkomunikasi, bergaul dengan rakan sebaya dan sebagainya.

“Malah kami sendiri pun memang akan isi masa bersama anak-anak untuk mengetahui dan teman mereka buat kerja sekolah dan sebagainya. Setakat ini semuanya berjalan dengan baik,” katanya lagi.

awal ashaari dan scha alyahya sepakat hantar anak baru usia dua tahun ke sekolah

Terdahulu, Awal dan Scha berkahwin pada 4 Mei 2012 dan kini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Lara Alana, 9, dan Lyla Amina, 2.

 

Sumber: Media Hiburan