Pelakon, Atikah Suhaime meluahkan rasa hairan apabila ditegur oleh segelintir orang yang bertanya tentang wajahnya kelihatan muda sedangkan umurnya sudah mencecah 31 tahun.

Menurut beliau, sudah tentu beliau kelihatan muda kerana beliau baru berusia 31 tahun dan bukannya 50 tahun.
“Kadang-kadang I pelik tau bila orang jumpa I, diorang cakap ‘oh my god, Atikah you still look young’. Lepas itu I macam pelik, I umur 31 tau… bukan 50.
“Apa kalau umur 31 tu you kena nampak macam makcik-makcik ke macam mana? Of course I look young! Sebab 31 is muda! 31 is young! Bukan tua,” kata Atikah.

Bagaimanapun menurut Atikah, teguran itu bukanlah satu yang negatif dan beliau patut melihat ia sebagai satu bentuk pujian.
Disebabkan wajahnya yang kelihatan muda itu, beliau dicadangkan netizen untuk membawa watak pelajar sekolah dalam lakonannya.
Perkongsian Atikah di Tiktok ini turut mendapat perhatian ramai pengikutnya yang tampil dengan pendapat masing-masing.

Sumber: Tiktok