Astro Muncul Dengan Cetusan Terbaru, Ultra Box Plug & Play, Tonton Astro Tanpa Satelit!

Ketika negara masih dihadapkan dengan fasa ‘lockdown’ yang menghendaki orang ramai kekal berada di rumah bagi memutuskan rantaian COVID-19, Astro muncul dengan cetusan terbarunya yang dikenali sebagai Ultra Plug & Play Box.

astro muncul dengan cetusan terbaru, ultra box plug & play, tonton astro tanpa satelit!

Kini, pelanggan Astro berupaya untuk menonton rancangan kegemaran televisyen mereka dalam resolusi kualiti tinggi dan tanpa perlu mengkhuatiri gangguan cuaca, susulan inovasi terbaru, Ultra Plug & Play Box yang bersiaran secara perkhidmatan strim dengan menggunakan jalur lebar di kediaman masing-masing.

Ibaratnya sesuai dengan situasi sekarang yang mana orang ramai memilih untuk mengurangkan kehadiran pemasang ke kediaman masing-masing, Ultra Plug & Play Box memudahkan pelanggan untuk ‘memasang’ Astro di rumah mereka secara sendiri, hanya dengan beberapa langkah mudah, kerana cirinya yang tidak memerlukan sebarang piring satelit.

Kata Azlin Arshad selaku Pengarah Komersial Astro, “Pelanggan kami berhak mendapat pengalaman tontonan terbaik dari kami. Justeru, kami komited untuk sentiasa menambahbaik pengalaman mereka dengan menawarkan satu pengalaman perjalanan yang lebih ringkas, demi memudahkan pelanggan untuk membeli dan menikmati produk yang ditawarkan.”

Lanjutnya lagi, “Ultra Plug & Play Box terbaharu ini direka berdasarkan dari maklum balas yang diterima dari pelanggan yang menginginkan produk atau perkhidmatan yang mudah untuk dipasang dan mampu menawarkan pengalaman tontonan secara berterusan, tanpa sebarang gangguan yang dicetuskan oleh keadaan cuaca. Oleh kerana kotak ini disambungkan secara terus dengan internet, dan bukannya piring satelit, ia dapat membantu mengatasi masalah gangguan siaran ketika hujan.”

astro muncul dengan cetusan terbaru, ultra box plug & play, tonton astro tanpa satelit!

“Kotak terbaharu ini hadir dengan video panduan ringkas yang memudahkan pelanggan untuk membuat pemasangan sendiri, pada bila-bila masa sahaja. Terdahulu, kami telah melaksanakan kajian percubaan-pasaran untuk kotak ini dan sebanyak 87% dari pelanggan kami berpuas hati dengan kaedah pemasangan sendiri ini dan keseluruhan proses memasang Ultra Plug & Play Box, kerana langkah-langkah yang perlu diikuti adalah sangat mudah dan ringkas,” jelasnya.

Kotak baharu dan Kad SIM Astro akan dihantar kepada pelanggan menerusi perkhidmatan kurier dan setiap komponen dipek bersama dengan langkah-langkah panduan pemasangan yang mudah untuk pelanggan mengaktifkan perkhidmatan ini sendiri.

Dalam pada itu, sementara menantikan Ultra Plug & Play Box untuk sampai ke kediaman masing-masing, pelanggan boleh mengaktifkan langganan mereka menerusi aplikasi Astro GO dan nikmati sajian yang sewajarnya dengan perkhidmatan pra-akses Astro GO.

astro muncul dengan cetusan terbaru, ultra box plug & play, tonton astro tanpa satelit!

Ultra Plug & Play Box bertindak lebih menarik jika digandingkan bersama dengan perkhidmatan Astro & Broadband untuk mendapatkan nilai yang lebih hebat, dengan hanya satu bil untuk kesemuanya.

Pelanggan Astro yang baru boleh mendaftar menerusi Super Pack Lite, dengan kelajuan internet sebanyak 100 Mbps dan nikmati rebat sehingga RM45 pada setiap bulan. Manakala pelanggan Super Pack Lite yang sedia ada pula, anda boleh menambah lagi 100 Mbps perkhidmatan jalur lebar anda dengan hanya RM89/ sebulan. Pengaktifan Ultra Plug & Play Box adalah percuma untuk semua pelanggan Broadband yang melanggan pada mana-mana pek Astro.

Pelanggan Ultra Plug & Play Box boleh nikmati tontonan 4K UHD, strim sehingga 65 ribu video di on demand dengan Rakaman Awan, dan menggunakan fungsi ‘Play from Start’. Anda boleh nikmati sajian kandungan yang sama seperti di saluran-saluran TV anda, yang kini boleh didapati menerusi perkhidmatan jalur lebar masing-masing.

Pengaktifan Ultra Plug & Play Box adalah percuma untuk pelanggan sedia ada yang melanggan perkhidmatan lebih dari RM100 pada setiap bulan.

Pelanggan boleh mendaftar perkhidmatan Ultra Plug & Play Box di https://product.astro.com.my/tv atau WhatsApp di 03 9543 3838 dan taip GET PNP