Asheed Def Gab C Habis Hampir Ratusan Ribu Ringgit Rawat Sakit Sendi

Bintang Gegar Vaganza 9, Asheed Def Gab C akui berhabis ratusan ribu ringgit untuk merawat penyakit sendinya.

Jelasnya, dia menghidap penyakit itu kira-kira 18 tahun lalu dan pernah menjalani beberapa pembedahan kecil.

“Saya merawat penyakit saya dengan rawatan perubatan moden dan tradisional.

“Saya tak boleh buang semua bahagian sendi yang bengkak kerana ia akan menjejaskan sistem badan saya yang lain. 

asheed def gab c habis hampir ratusan ribu ringgit rawat sakit sendi

“Disebabkan penyakit ini, saya sukar nak lakukan aktiviti harian seperti riadah, menyanyi serta kerja-kerja berat. 

“Saya masih meneruskan merawat penyakit saya sehingga boleh pulih sepenuhnya,” katanya kepada portal SYOK.

Dalam pada itu, Asheed juga nekad tidak akan berputus asa merawat sakitnya itu kerana yakin ia boleh sembuh.

“Tiada istilah putus asa sepanjang 18 tahun menghidap penyakit ini.

“Ini adalah ujian saya supaya lebih tabah dan sabar dengan dugaan diberikan.

“Apa yang saya boleh harapkan, doa-doa daripada semua pihak agar kesakitan yang saya alami ini berakhir,” ujarnya.

Konsert Minggu Keempat Gegar Vaganza 9, Asheed bakal menyanyikan lagu yang bertajuk Andai Ku Tahu yang dipopularkan oleh Kumpulan Ungu.

Saksikan GV9 setiap Ahad jam 9 malam disiarkan secara langsung di Astro Ria, Ria HD dan Astro Go.

 

Oleh: Syahdeen