As’ad Mowtah Dedah Pernah Hidup Susah, Dalam Poket Cuma Ada RM5

Penyanyi, As’ad Mowtah mendedahkan ketika awal penglibatannya dalam industri seni, beliau pernah mengikat perut kerana kelaparan dan tiada wang.

as’ad mowtah dedah pernah hidup susah, dalam poket cuma ada rm5

As’ad menceritakan kisah silamnya itu berkata, beliau tidak pernah lupa asal usulnya sebagai seorang yang susah, termasuklah kena berjalan kaki ke Pavilion dengan duit poket ketika itu hanya ada RM5.

 

“Saya dijemput ke Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan cuma ada RM5 di dalam poket saya. Sehari sebelum tu saya dah berfikir macamana saya nak ke sana?

“Saya tinggal di Desa Pandan, jadi saya pun berjalan dari Desa Pandan ke Pavillion untuk sampai ke pertujukan itu. Ianya mengambil masa kira kira dua jam,” ujar As’ad.

 

Katanya, meskipun sudah memakai pakaian yang cantik, As’ad mendedahkan badannya berbau kerana tidak mampu untuk membeli deodoran.

as’ad mowtah dedah pernah hidup susah, dalam poket cuma ada rm5

“Saya dah pakai lawa lawa dah, gaya nampak macam influencer. Dan saya sampai sejam lebih awal daripada acara bermula, kerana saya tak mampu beli ubat ketiak,” ujarnya lagi.

 

Jadi, beliau terpaksa mencari ikhtiar untuk mengelakkan daripada menimbulkan suasana tidak nyawan di khalayak ramai.

 

“Apabila saya tak mampu nak beli ubat ketiak, maka badan saya pun berbau bukan?”

“Jadi, saya pergi ke tandas Pavillion, duduk di sana dan keringkan peluh saya. Kemudian saya gunakan sabun cuci tangan tu dan sapu di ketiak saya untuk membuang bau busuk,” tegas penyanyi muda itu.

 

Tambah lagi, As’ad berkata ketika itu rakannya juga mengajaknya untuk makan bersama di sebuah restoran mahal, namun terpaksa menolak dengan alasan sudah kekenyangan, kerana ketika itu duit poketnya hanya ada RM5 sahaja.

as’ad mowtah dedah pernah hidup susah, dalam poket cuma ada rm5

“Mereka di situ berkata, Yo Aswad, gembira jumpa kamu di sini, saya agak popular juga ya masa tu. Jom kita makan di Kyochon.

“Ketika diajak ke Kyochon saya beritahu saya dah kenyang. Saya dah makan. Tetapi sebenarnya saya sangat lapar.

“Selepas mereka beredar, sisa makanan yang di atas meja itu, saya makan. Kerana saya lapar,” tegas dia lagi.

 

As’ad berkata, dia kemudian membeli air kosong dan roti canai dengan wang yang ada, dan bakinya digunakan untuk membayar tambang bas balik.

 

@hqalhdin Setiap orang ada cerita jatuh bangun. Share cerita masa anda susah dulu. #PodcasThinker ♬ original sound - Ye, Saya Dulu Host Troll Tu

 

Perkongsian itu nyata menyentuh hati ramai, termasuk hos rancangan tersebut yang tidak dapat membayangkan keperihan artis itu suatu ketika dahulu.

 

Sumber: Tiktok @hqalhdin