Hasil Usaha Keras, Asad Motawh Miliki Dua Rumah Banglo Pada Umur 21 Tahun

Penyanyi, Asad Motawh kini sudahpun memiliki dua buah rumah banglo pada usianya baru mencecah 21 tahun.

hasil usaha keras, asad motawh miliki dua rumah banglo pada umur 21 tahun

Selain rumah, Asad yang juga seorang influencer memiliki suite peribadi dan sebuah kereta mewah.

 

Katanya, segala aset yang dimiliki itu adalah hasil usaha keras yang dilakukannya selepas menjalankan tiga perniagaan.

hasil usaha keras, asad motawh miliki dua rumah banglo pada umur 21 tahun

Antara perniagaan yang diusahakan Asad adalah perkhidmatan cuci kereta, membuat landskap dan juga syarikat produksi Motawh Production yang baru beroperasi sembilan bulan lalu.

 

Menurut Asad, beliau dan pasukannya banyak membuat kerja belakang tabir seperti muzik video dan sebagainya dengan pelanggan jenama-jenama besar hasil kerjasama agensi.

 

Tambahnya lagi, beliau tidak berniat untuk menunjuk aset yang dimilikinya kerana ia tidak memberikan sebarang faedah kepadanya.

 

"Saya mula miliki rumah sewaktu berusia 19 tahun. Apa yang saya miliki hari ini biasa-biasa saja. Mungkin sebab saya mempunyai ramai kawan-kawan artis yang kaya.

"Apabila seseorang itu semakin kaya, semakin sedikit kekayaan yang ingin ditunjukkan kepada orang lain. Saya tak nampak apa-apa kelebihan kalau menunjukkan harta. Lagipun kalau saya tunjuk segala aset, nanti orang tetap akan mengata saya acah-acah dan sebagainya," katanya.

 

Sumber: HMetro