Penyanyi tersohor tanah air, Ara Johari akui bahawa hari yang dia pergi ke uji bakat Akademi Fantasia, dia sememangnya tidak mahu pergi ke uji bakat tersebut. Tetapi atas sokongan dan dorongan ayahanda tercinta, Ara gigihkan dirinya pergi ke uji bakat Akademi Fantasia musim terakhir.
Ara ceritakan dalam Selebriti Podcast Ara Johari bahawa pada hari tersebut dirinya sudah penat selepas menolong ibu bapanya dengan katering sebuah majlis. Namun, ayahnya sendiri yang memberi semangat kepada Ara untuk hadirkan diri dalam uji bakat tersebut.
“Pada hari uji bakat itu, Ara memang tak nak pergi sebab mak ayah ada majlis. Jadi saya kena tolong jadi budak katering. Bila jadi macam itu, Ara tak nak pergi pun.
“Ara ingat Ara tak tidur lagi…baru nak terlelap. Ayah saya yang kejutkan dan suruh saya bangun dan pergi ke uji bakat Akademi Fantasia.”
Walaubagaimanapun, Ara pergi ke uji bakat tersebut daripada 6 pagi hingga 9 malam. Dan berkat keredaan dan doa kedua ibu bapa, Ara berjaya menempatkan dirinya dalam industri muzik tanah air melalui Akademi Fantasia.
Pelbagai rintangan, cabaran dan kecaman yang dilaluinya tidak mematah semangat Ara meneruskan perjalanannya dalam industri muzik ini. Jadi, kalau korang nak tahu lagi cerita Ara Johari kenalah dengar Selebriti Podcast Ara Johari di SYOK!