“Tujuh Tahun Tiada Anak, Saya Sabar Tahan Mulut Orang,” - Aprena Manrose

Pelakon, Aprena Manrose meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir pihak yang mengecam sepupunya, Uqasha Senrose kerana masih belum memiliki anak selepas dua tahun berkahwin.

“tujuh tahun tiada anak, saya sabar tahan mulut orang,” - aprena manrose

Pemilik nama sebenar Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman itu juga berkata, dia ada menasihatkan Uqasha supaya kuat dalam berdepan dengan perkara itu.

 

Malah katanya, soal anak adalah perkara yang sensitif buat wanita yang sudah lama berkahwin.

 

"Mulut orang memang kita tak boleh nak tutup. Jika tiada mulut orang (kecaman), kita okay saja sebenarnya.

"Saya sudah tujuh tahun berkahwin, Uqasha pula baru dua tahun. Kalau tujuh tahun (tiada anak) pun, saya boleh sabar menahan mulut orang, dia pasti boleh.

"Selalu juga saya pesan, dia baru dua tahun kahwin dan perlu banyak bersabar. Kalau Allah nak beri, dia akan bagi dan kalau tidak, maksudnya belum masanya lagi," katanya.

 

Aprena dalam pada itu turut berasa sedih kerana belum dikurniakan cahaya mata selepas tujuh tahun perkahwinan.

“tujuh tahun tiada anak, saya sabar tahan mulut orang,” - aprena manrose

Malah, dia pernah melakukan rawatan kesuburan in-vitro (IVF) tahun lalu, namun belum berhasil untuk hamil.

 

Terdahulu, Uqasha ada menerima komen berbaur sindiran daripada netizen yang mempertikaikan dia dan suami, Kamal Adli, masih belum menimang cahaya mata selepas dua tahun berkahwin.

 

Komen itu turut menyindir dan menyebut nama adik-beradik Uqasha yang lain seperti Nelydia Senrose dan Aprena Manrose yang juga masih belum dikurniakan zuriat mereka.

 

Sumber: HMetro