Selebriti jelita, Anzalna Nasir kini merupakan seorang isteri dan ibu kepada sepasang cahaya mata.
Dilihat kekal cantik dan bahagia disamping keluarga tercinta, Anzalna baru-baru ini berkongsi rahsia keharmonian rumah tangganya yang dipraktikkan sejak sembilan tahun usia perkahwinannya bersama suami, Hanif Zaki.
Menurut Anzalna, tips paling utama adalah kedua-dua pasangan perlu bekerjasama untuk membuat perkara berjalan lancar.
Beliau bagaimanapun akui, setiap perkahwinan ada pasang surutnya dan pasangan suami isteri perlu bersedia menghadapi pertelingkahan ini dengan bijak.
“Kami jenis walaupun sudah berkahwin, harus kekal hubungan seperti baru bercinta. Setiap kali bergaduh, saya dan suami tidak lama-lama memendam rasa, sebaliknya akan selesaikan masalah dengan cepat.
“Tiap kali berbalah, tolak ego ke tepi. Duduk sama-sama dan baiki apa yang kurang,” ujar beliau.
Tambah Anzalna lagi, beliau mahu keluarganya bahagia tetapi tidak mahu terlalu berbangga dengan hubungan mesra mereka. Disebabkan itu, beliau berasakan lebih baik jika berkongsi kebahagiaan yang dimiliki kepada satu sama lain dan bukan kepada umum.
“Hidup ini ada jatuh bangun yang kita tak tahu apa akan jadi pada masa depan. Ada masalah, simpan sendiri sahaja (jangan hebohkan), dan selesaikan kesulitan dengan pasangan masing-masing.
“Jangan simpan dalam hati dan sentiasa berbincang, jika ada apa-apa kerana bila jadi sampai satu masa akan meletup,” kata beliau lagi.
Sumber: Media Hiburan