Anzalna Nasir Ingatkan Suami Tak Payah Sibuk Beristeri Dua, “I Pun You Tak Boleh Handle!”

Isu poligami kini kembali menjadi sebutan ramai selepas seorang Tiktokers mendedahkan dia kini berkahwin dua, menerusi video isteri pertamanya menangis dalam dakapan suami selepas solat Subuh.

 

Isu ini nampaknya bukan sahaja mengundang kemarahan warganet khususnya para isteri, malah pelakon jelita, Anzalna Nasir turut membuat luahan hati yang serupa.

anzalna nasir ingatkan suami tak payah sibuk beristeri dua, “i pun you tak boleh handle!”

Menerusi Instagram, aktres berusia 35 tahun itu berkata, seorang suami tidak sepatutnya berkahwin lagi sekiranya dia menyayangi isteri.

 

Anzalna yang meluahkan pandangannya dengan memuatnaik video parodi ’30 minit sebelum kejadian tidak diingini berlaku’ yang sama dengan situasi isu tular baru-baru ini.

 

“Hidup ni tak perlu mengharapkan lelaki! Berpoligami? Kadang perempuan nampak macam redha tapi dalam hati hanya dia sahaja yang tau. Kalau sayang isteri, cukuplah jaga hati dan perasaan, bukan dengan mengahwini perempuan lain.

“Perempuan kalau dah sayang, sanggup buat apa sahaja untuk yang tercinta. Balaslah yang sama, hargai isteri kerana banyak pengorbanan yang kami dah lakukan. Awas Hanif Zaki (suami),” coret Anzalna.

anzalna nasir ingatkan suami tak payah sibuk beristeri dua, “i pun you tak boleh handle!”

Tambah aktres jelita itu lagi, dalam nada berseloroh beliau mengingatkan suaminya, Hanif Zaki agar kembali kenang semula semua jumlah perbelanjaan perkahwinan mereka sebelum ini.

anzalna nasir ingatkan suami tak payah sibuk beristeri dua, “i pun you tak boleh handle!”

Katanya lagi, dia berharap agar suaminya melupakan sahaja hasrat untuk beristeri dua, selain mengakui emosinya tersentuh bila melihat seorang suami tidak menghargai isteri.

 

“Tiba-tiba buka album kahwin sebab nak ingatkan Hanif Zaki berapa dia spent (berbelanja) untuk berkahwin dengan I, dan betapa cantiknya I waktu kahwin sampai viral! (emoji ketawa).

“Tak payah sibuk nak beristeri dua! I pun you tak boleh nak handle! (gelak) Emosi la bila tengok benda viral suami tak hargai isteri,” luahnya.

anzalna nasir ingatkan suami tak payah sibuk beristeri dua, “i pun you tak boleh handle!”

Terdahulu, Anzalna dan Hanif berkahwin pada 2016 dan kini dikurniakan sepasang anak lelaki iaitu Mohamad Eidress, 3, dan Mohamad Emirhan yang kini berusia setahun lebih.

 

Sumber: Instagram @anzalnanasir88