COVID-19: Boleh Didenda RM50 Ribu, Ini Antara Kesalahan Majikan Berkaitan SOP

Ekoran daripada pandemik COVID-19 ketika ini, pelbagai cara digunakan bagi bersama mengekang penularan wabak yang boleh membawa maut termasuklah ditempat kerja.

covid-19: boleh didenda rm50 ribu, ini antara kesalahan majikan berkaitan sop

Antaranya adalah dengan membenarkan sebilangan pekerja untuk melakukan kerja dari rumah, dan menghadkan bilangan pekerja di pejabat atau tempat kerja.

 

Bagaimanapun, wujud dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan majikan tempat kerja mereka tidak patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, menyebabkan berlakunya risiko jangkitan wabak ini secara berleluasa.

covid-19: boleh didenda rm50 ribu, ini antara kesalahan majikan berkaitan sop

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), berikut adalah enam kesalahan lazim berkaitan SOP tempat kerja yang dilakukan oleh majikan.
1. Jumlah sebenar pekerja dibenarkan bekerja tidak mengikut kepada saranan kerajaan
2. Tidak menyediakan pengimbas suhu badan
3. Tidak menyediakan ruang yang bersesuaian untuk penjarakan fizikal ditempat kerja.
4. Tidak memastikan dan mewajibkan pekerja memakai pelitup muka
5. Pekerja positif COVID-19 dan dikenakan perintah kuarantin diarahkan bekerja
6. Tidak menyediakan kod QR MySejahtera dan buku daftar.

Kegagalan pihak majikan dalam mematuhi SOP diatas adalah melanggar Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan boleh menyebabkan majikan itu dikenakan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara selama tempoh tak lebih enam bulan, atau kedua-duanya sekali.

 

Jika anda sebagai pekerja sedar akan kegagalan patuh SOP oleh majikan, segera laporkan kepada Pasukan Task Force Operasi Pematuhan seperti yang berikut:
1. Polis Diraja Malaysia
2. Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Sabah atau Sarawak.
3. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
4. Jabatan Imigresen Malaysia
5. Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
6. Pihak Berkuasa Tempatan
7. Pejabat Kesihatan Daerah/Bahagian/Kawasan.


Sumber: KKM