‘Tak Apa, Korang Sabar Kejap!’ - Anna Jobling Tekad Tepis Dakwaan Tak Boleh Pergi Jauh

“Saya tak pernah berasa kecewa kerana saya ini seorang yang suka buktikan orang lain salah. Kalau orang kata saya tak boleh pergi jauh, tak mengapa. Korang sabar je kejap.”

‘tak apa, korang sabar kejap!’ - anna jobling tekad tepis dakwaan tak boleh pergi jauh

Demikian kata bintang muda, Anna Jobling mengenai perjalanan kerjaya seninya yang mengambil masa kira-kira empat tahun untuk berlabuh sejak menyertai Dewi Remaja 2018.

“Saya akan buktikan tanggapan orang lain tu salah. Saya percaya, kalau saya bekerja keras dan memantapkan mutu lakonan, saya boleh berjaya.

“Walaupun dalam sekelip mata nama saya dikenali sampai ke Indonesia, saya berpandangan ia bukan sekadar tuah tetapi kerja keras saya selama ini. Segalanya berlaku sangat pantas.

“Pengurus dan keluarga pun tak pernah putus ada dengan saya. Jadi, saya merasakan perjalanan kerjaya saya sangat berbaloi,” katanya.

Dalam pada itu, Anna juga mendedahkan yang dia akan berkunjung ke Indonesia sekali lagi pada bulan ini selepas berlepas ke negara tersebut bersama bintang gandingan, Meerqeen atas jemputan media dari negara seberang baru-baru ini.

Anna turut berkata yang dia akan kekal berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara berikutan statusnya sebagai figura yang dikenali ramai kini menyebabkan setiap gerak-gerinya menjadi perhatian ramai.

“Saya sentiasa berhati-hati. Saya selalu ingatkan diri saya, kalau saya buat sesuatu perkara itu, apa tanggapan orang terhadap diri saya. Walaupun saya dekat Indonesia, hati saya masih lagi Malaysia.

“Saya kena fikir juga apa orang di sini akan fikir terhadap diri saya. Mungkin di sana ada sesetengah perkara itu dianggap biasa, tapi di sini tidak. Saya akan sentiasa menjaga batas dalam setiap perbuatan saya.

“Mak dan ayah pun selalu berpesan untuk sentiasa menjaga diri kerana Indonesia dan Malaysia adalah dua tempat yang berbeza,” ujarnya.

 

Sumber: Media Hiburan