Anna Jobling Tak Cadang Guna Bodyguard, “Saya Mahu Sambung Kelas Tinju..”

Pelakon, Anna Jobling tidak bercadang mahu menggunakan khidmat bodyguard atau pengawal peribadi kerana merasakan tiada keperluan buat dirinya untuk dikawal semasa berada di tempat awam.

anna jobling tak cadang guna bodyguard, “saya mahu sambung kelas tinju..”

Menurut pemilik nama sebenar Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, khidmat bodyguard hanya akan digunakannya untuk acara tertentu sahaja seperti majlis yang dikeremuni orang.

 

Malah katanya, buat masa ini beliau percaya akan keselamatan dirinya kerana sentiasa bersama dengan mereka yang dipercayai.

 

Tambah pelakon berusia 22 tahun itu lagi beliau jarang untuk kelar rumah bersendirian dan akan terus pulang ke rumah selepas selesai bekerja.

 

“Hidup saya kalau tidak di set penggambaran, saya akan berada di rumah sahaja. Jadi buat masa ini saya rasa memang tiada keperluan lagi untuk pasang pengawal peribadi setiap masa,” jelasnya.

anna jobling tak cadang guna bodyguard, “saya mahu sambung kelas tinju..”

Ujar Anna, setakat ini beliau belum pernah lagi mengalami kejadian menakukatkan apabila disebu peminat, namun berasa bimbang jika situasi sebegitu berlaku.

 

Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, Anna turut merancang untuk menyambung semula kelas tinju yang pernah dihadirinya sebelum ini.

 

“Untuk persediaan, saya rasa nak sambung semula kelas tinju. Sebelum ini saya pernah menghadiri kelas seni mempertahankan diri tinju, tapi terhenti sebab sibuk.

“Mungkin selepas ini saya akan sambung semula kelas tinju. Sekurang-kurangnya saya ada asas dalam seni bela diri,” katanya lagi.

 

Sebelum ini orang ramai dikejutkan dengan insiden pelakon, Kamal Adli diserang lelaki tidak dikenali menggunakan cota besi hingga menyebabkan kecederaan serius di kepalanya semasa berada di Singapura, minggu lalu.

 

Sumber: Kosmo! Online