Anna Jobling Sedia Menetap Di Indonesia, Terbuka Untuk Bintangi Sinetron

Bekas bintang Dewi Remaja 2018, Anna Jobling mengaku dirinya bersedia menetap dan melebarkan sayap lakonan di Indonesia sekiranya diberi peluang.

anna jobling sedia menetap di indonesia, terbuka untuk bintangi sinetron

“Saya memang menantikan peluang berlakon di Indonesia jika ada rezeki.

“Mungkin boleh bermula dengan platform Over-The-Top (OTT), filem dan kemudiannya, sinetron.

“Apa sahaja, saya okay dan terima untuk mendapatkan pengalaman,” katanya kepada satu portal akhbar tempatan.

Tambah Anna, dia tidak kisah untuk berpangkalan di negara jiran itu walaupun ia mungkin mengambil masa lama.

Selain itu, pelakon berusia 22 tahun itu kini berada di Jakarta, Indonesia bersama Meerqeen bagi memenuhi undangan temu bual bersama media negara, sesi bertemu peminat dan beberapa jemputan program televisyen negara tersebut.

“Saya tak sangka ramai peminat menyambut ketibaan kami di lapangan terbang, Ahad lalu. Ingatkan 20 orang sahaja, tetapi ramai pula.

“Semua datang dan mahu mengambil gambar. Mereka sangat baik dan ramah.

“Macam tak percaya pun peminat seberang memberi sokongan luar biasa. Saya bersyukur,” katanya sambil menambah peminat yang datang bukan saja dari Jakarta, tetapi juga dari Sulawesi, Kalimantan dan Bandung.

 

Sumber: BHOnline

ARTIKEL BERKAITAN