Pelakon, Anna Jobling, sekali lagi menepis dakwaan kononnya beliau mempunyai hubungan istimewa dengan rakan seindustri, Meerqeen.
Menurut Anna, buat masa ini beliau mahu mengutamakan kerjaya dan keluarga, dan enggan mensia-siakan usia muda untuk perkara yang tidak penting.
"Saya tiada masa untuk cinta, saya masih muda. Anna hanya milik Anna sendiri saja.
"Jika tidak bekerja, saya menggunakan masa terluang untuk tidur kerana itu yang saya perlukan ketika ini. Cinta saya hanyalah katil (tidur) dan kerjaya.
"Jadi jika ditanya mengenai keseimbangan pada usia ini, hanya tiga perkara itu saja," kata Anna.
Dalam gosip terbaharu, Anna turut menafikan khabar angin yang mendakwa dia dan Meerqeen sedang dalam fasa perang dingin dan tidak seteru.
Sumber: HMetro