Bagi memastikan kewangannya terurus rapi, pelakon, Anna Jobling, melantik seorang akauntan peribadi buat dirinya.
Anna berkata, akauntan peribadinya itu akan mengurus kewangannya dengan lebih teratur dan akan menasihatinya dalam perkara berkaitan perbelanjaan.
Dengan itu katanya, akan mengelakkan dia daripada boros berbelanja.
"Mungkin usia 23 tahun masih terlalu muda. Namun, saya enggan membazir masa. Saya nak kerja berterusan.
"Saya pentingkan simpanan dan nak perbanyakkan tabungan. Saya jaga (baik) duit dan tak sewenangnya boros berbelanja. Penting untuk adanya penasihat kewangan," katanya.
Tambah lagi, Anna berkata berhasrat untuk membeli rumah, lantas membuatkannya kini dalam proses menabung dan menyimpan wang.
"Saya beli juga satu dua beg mewah tapi bukan terlalu gila barangan begitu. Sekarang saya tengah menabung untuk membeli rumah. Itu keutamaan saya sekarang.
"Satu-persatulah. Tapi, saya pun sudah ada pergi tengok-tengoklah (rumah). Saya nak fokus satu-satu, kalau nak, saya akan usaha dapatkannya," katanya lagi.
Anna juga tidak menolak akan melakukan perniagaan bagi mengukuhkan lagi jaminan kewangannya di masa akan datang.
"Saya terfikir untuk mulakan perniagaan dalam tempoh masa terdekat. Tapi saya nak fokus lakonan dulu sebab sudah tiga bulan tak masuk set (penggambaran)," ujarnya.
Sumber: HMetro