Jadi Sebutan Di Negara Jiran, Anna Jobling Tak Tolak Tawaran Ke Indonesia

Pelakon yang namanya sedang menjadi sebutan ramai bukan sahaja di Malaysia malah hingga ke Indonesia ini tidak menolak untuk melebarkan sayap ke negara jiran jika diberikan peluang.

jadi sebutan di negara jiran, anna jobling tak tolak tawaran ke indonesia

Anna Ellisa Gustin Joblin Abdul Rahman, 22, atau lebih dikenali dengan panggilan Anna Jobling berkata semua hal itu bergantung juga kepada rezekinya dan tidak mahu meletakkan harapan yang tinggi.

 

“Pindah sana untuk kerja boleh dipertimbangkan tetapi untuk menetap selama-lamanya di Indonesia, mungkin tidak.

“Namun, saya pun tak tahu rezeki yang akan diberikan Tuhan. Ada kemungkinan untuk saya menetap dan bekerja di sana tetapi pastinya akan kerap pulang ke tanah air memandangkan keluarga semuanya di Malaysia,” katanya.

 

Baru-baru ini pelakon berdarah kacukan Melayu-England ini dilihat berkunjung ke Indonesia bagi berbincang beberapa tawaran meluaskan kerjaya di negara tersebut. Beliau turut teruja dengan sambutan yang diberi peminat Indonesia meskipun berada kurang seminggu di sana.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ANNA JOBLING (@annajobling)

 

“Semua orang ‘gila’ tetapi dalam cara yang sangat baik.

“Mereka menerima kehadiran dan melayan kami dengan meriah. Seperti berada di rumah kedua.

“Paling seronok apabila menerima ratusan hadiah. Antaranya ialah ada yang menanam ratusan pokok di bawah nama saya. Sokongan mereka sangat menakjubkan,” katanya lagi.

 

Nama Anna Jobling menjadi sensasi selepas drama lakonannya bersama aktor, Meerqeen meledak dalam dan luar negara.

 

Sumber: Kosmo!