Anis Nabilah Teringin Masak Rendang Untuk Ratu Elizabeth II

Cef selebriti, Anis Nabilah berhasrat untuk menyediakan hidangan kepada Ratu Elizabeth II.

anis nabilah teringin masak rendang untuk ratu elizabeth ii

Memetik Astro Awani, calon Asean's Most Influential Chef itu berkata dia ingin mencabar diri untuk menyediakan hidangan kepada Ratu Elizabeth II kerana mengetahui baginda tidak menggemari bawang putih sementara ia pula merupakan bahan yang sering digunakannya.

“Saya rasa kalau diberi peluang untuk masak kepada seseorang, saya mahu masa buat Ratu Elizabeth.

“Ini kerana saya teringin untuk masak dalam dapur istana Buckingham.

“Ia akan menjadi satu cabaran sebab saya tahun Ratu Elizabeth tidak gemar makan bawang putih dan itu pula merupakan bahan kegemaran saya dalam masakan.

“Kalau perlu masak, saya mungkin akan masak makanan Melayu yang tidak ada bawang putih.

“Mungkin saya akan memasak rendang, masak lemak atau asam laksa,” ujarnya.

Tahun lalu, Anis sekali lagi menerima pengiktirafan antarabangsa selepas merangkul dua anugerah dalam The Gourmand Awards: World Cookbook Awards 2021 yang diadakan di Umea, Sweden.


Sumber: Astro Awani