Pelakon, Angeline Tan berkongsi pengalaman pertama kali menjejakkan kaki di Kota Madinah.
Angeline atau nama Islamnya, Ardini Angeline Tan baru sahaja tiba di Kota Madinah bersama suami, Sabri Yunus, selepas berlepas ke sana pada awal pagi Ahad.
Menurut pelakon berusia 56 tahun ini, keadaan di sana penuh dengan manusia, tetapi suasananya sangat tenang dan bersih.
"Tadi solat di Masjid Nabawi, Madinah. Walaupun di sini 24 jam penuh dengan ramai orang tetapi suasana sangat bersih dan tenang."
"Ramai yang kirim doa pada saya. Keluarga, kawan-kawan, sahabat artis, kru produksi yang sama-sama berjuang, kawan-kawan dalam Instagram dan ramai lagi.
"Saya janji, saya akan doa dan minta dengan ALLAH yang Maha Kuasa. Insya-ALLAH... Semoga semua sahabat sentiasa dilindungi dan akan dijemput menjadi tetamu ALLAH.
"Semoga ALLAH akan makbulkan semua doa dan permintaan saya," kongsi beliau menerusi Instagram.
Terdahulu, Angeline dan Sabri selamat diijabkabulkan oleh Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada 14 Oktober lalu.
Sumber: Instagram