Keadaan berjerebu semakin memburuk dari sehari ke sehari. Catatan bacaan IPU tertinggi setakat ini merupakan di kawasan Sri Aman, Kuching, Sarawak itu 397.
Menerusi, laporan Kosmo, jerebu yang melanda negara dijangka akan berakhir pada penghujung September atau Oktober depan.
Menurut Pengarah Meteorologi, Jalan Simon berkata, keadaan berjerebu dijangka berakhir apabila angin monson barat daya tamat.
Angin monsun yan bertiup membawa asap tebal dari hutan Kalimantan yang terbakar dan ia mengundang jerebu tebal ke arah kita.
Pada 12 September lalu, kami sudah melakukan pembenihan awan di Sarawak yang mempunyai bacaan IPU tertinggi bagi mengurangkan jerebu di sana. Malah pembenihan awan juga telah dilakukan di Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan.
Setakat ini, terdapat beberapa kawasan di Lembah Klang mencatatkan bacaan tidak sihat dan bacaan IPU sangat tidak sihat juga dicatatkan di Sri Aman, Sarawak, Nilai, Negeri Sembilan dan Balik Pulau, Pulau Pinang.