Anak Sarawak Terima Markah Tertinggi Di Dunia Untuk Subjek Matematik

anak sarawak terima markah tertinggi di dunia untuk subjek matematik

Seorang lagi anak Malaysia, Aezzra marvin Vincent, 18, telah berjaya mengharumkan nama negara apabila diiktiraf sebagai terbaik di dunia dalam subjek matematik.

Beliau menerima pengiktirafan itu selepas menduduki Pemerikasaan Penialaian Antarabangsa Pendidikan Cambridge (Advanced Subsidiary Level) pada Julai lalu.

Aezzra dari keturunan Bidayuh di Sarawak telah meperoleh markah tertinggi di dunia dalam mata pelajaran tersebut dan menerima anugerah berprestij ketika menghadiri Outstanding Cambridge Learner Awards.

 “Sejujurnya, Matematik adalah subjek kegemaran saya sejak kecil lagi, saya selalu buat ulang kaji, melihat topik-topik baharu, meneroka perkara baharu dan belajar dengan cikgu-cikgu dan matematik adalah subjek yang menyeronokkan bagi saya,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Buat masa ini Aezzra sedang menjalani Program Persediaan A-Level Jerman di German-Malaysian Institute (GMI), Bangi.

Sumber: Astro Awani