Kecantikan anak kepada selebriti ternama, Rozita Che Wan atau Che Ta, iaitu Aaisyah Dhia Rana terus menjadi bualan orang ramai.
Menerusi satu hantaran di Instagram Che Ta, Aaisyah dilihat begitu simple apabila mengenakan pakaian seragam sekolah, tanpa sebarang solekan atau bibir yang merah seperti kebiasaan dirinya bergaya menerusi media sosial.
“Cuti sekolah anak kami (saya) sudah habis, sekarang kena kembali ke sekolah. Pukul 5.30 pagi Aaisyah sudah bangun dan bersiap. Teruja untuk kembali ke sekolah. Maklumlah, lama cuti sekolah,” tulis Che Ta.
Kongsinya lagi, walaupun Aisyah yang kini berusia lapan tahun gemar berdandan, nalurinya bagaimanapun tetapi sama seperti kanak-kanak lain yang seusia.
“Waktu cuti sekolah, ada ketikanya Aaisyah akan keluar jalan-jalan atau mengikut kami ke tempat kerja. Ada juga pergi mandi sungai, mandi laut, main pondok-pondok dan ada masanya main mekap-mekap.
“Cuti sekolah yang lalu, pantang nampak saya bersiap, cepat sahaja Aaisyah mahu ikut,” kongsi isteri kesayangan Zain Saidin itu lagi.
Pun begitu, Che Ta tetap memastikan Aaisyah mematuhi peraturan sekolah bagi memastikan kejayaan anaknya dalam pelajaran.
“Waktu sekolah, tiada bulu mata palsu. Cukuplah sekadar rambut ditocang dua dan bibir dicalit dengan lip gloss,” tegasnya yang tidak berkompromi dengan perkara tebegitu lagi-lagi pemakaian mekap ke sekolah.
Sumber: SinarPlus