Netizen Pakat Puji Anak Che Ta Lepas Berjaya Belajar Siang Ikan [Video]

Anak kepada pasangan pelakon, Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan panggilan Che Ta dan juga Zain Saidin iaitu Aaisyah Dhia Rana, 9, sekali lagi telah mencuri perhatian ramai pihak.

netizen pakat puji anak che ta lepas berjaya belajar siang ikan [video]

Menerusi video di Tiktok, Zain telah memuatnaik video menunjukkan anaknya itu sedang belajar cara-cara menyiang ikan, seperti yang diajar neneknya.

 

Menurut Zain, beliau mahu anak perempuannya itu tahu cara-cara menyiang ikan supaya boleh mempraktikkan ilmu tersebut pada masa hadapan.

netizen pakat puji anak che ta lepas berjaya belajar siang ikan [video]

“Kita hari ini, video special, Aaisyah belajar macamana nak siang ikan. Mak Tok akan ajar dan kita lihat kalau Aaisyah dapat ke tak,” katanya.

 

@zainsaidin23 Harap2 Tiktok tak bagi violation atau ape2 sekwaktu dengannya plak untuk video ni.. This is an educational purposes video ok Tiktok tersayang ku #fypシ #fyp #siangikan #aaisyahdhiarana #zainsaidin #daddysgirl #siscuba #brocuba ♬ Ngusep - Ida Widianingsih

 

Aaisyah dilihat belajar dengan tekun apabila neneknya menunjukkan langkah demi langkah menyiang ikan dengan betul.

 

Usai belajar cara menyiang ikan, Zain mengarahkan anaknya itu untuk menyiang baki selebihnya, meskipun Aaisyah kelihatan geli.

netizen pakat puji anak che ta lepas berjaya belajar siang ikan [video]

“Okay, Aaisyah buat dulu lepastu daddy buat pula,” ujar Zain.

 

Perkongsian itu rata-ratanya meraih pujian dari netizen kerana meskipun Aaisyah masih lagi pada usia yang muda, namun beliau dilihat berani untuk belajar sendiri cara menyiang ikan dengan betul.

 

Sumber: TikTok Zain Saidin