Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat berkongsi sebuah video dimana dia menceritakan kejadian mistik yang dialami anak, Ana Nayla yang didakwa berdepan gangguan makhluk halus.
“Kejadian berlaku awal pagi, Nayla pergi tandas tiba-tiba menjerit cakap ada hantu. Selalunya dia mandi okey sahaja macam biasa.
“Dia tunjuk arah atas iaitu dekat siling tandas. Sebelum ini tak pernah dia beritahu ada apa-apa dalam tandas,” katanya menerusi sebuah hantaran dalam TikTok miliknya.
Dalam perkongsian yang sama, Ayda berpendapat makhluk tersebut mungkin mengikuti suaminya Nabil Mahir, pulang ke rumah selepas membuang sampah di sebuah kawasan sekitar kediaman mereka.
“Malam sebelum kejadian, Nabil kemas stor dan ada beberapa barang yang kami buang. Nak dijadikan cerita, Nabil pergi buang dekat satu tempat yang tak pernah kami buang.
‘Masa buang sampah-sampah itu, Nabil kata dia rasa tidak sedap hati di situ. Berkemungkinan ‘benda’ (makhluk halus) ikut balik rumah,” kongsinya.
Sumber: Kosmo