Kini tular menerusi aplikasi X seorang individu yang mendakwa diri sebagai anak artis mendedahkan sisi gelap bapanya, yang merupakan seorang selebriti nampak baik dan kelakar di luar tetapi sebenarnya seorang yang panas baran juga kaki pukul di rumah.
Individu yang tidak dikenali itu mendedahkan watak bapanya sangat berbeza ketika berada di rumah, berbanding dengan ketika berhadapan dengan peminat.
“Aku nak cerita sisi gelap keluarga aku. Aku anak artis. Dari kecil semua kenal dan tahu aku anak siapa. Ramai rasa perkara itu sebagai satu kelebihan. Adakalanya betul.
“Tapi anda semua tidak pernah terfikir bahawa dia seorang kaki pukul. Di luar atau di depan peminat, semua cakap dia baik. Di rumah? Hanya keluarga sahaja tahu baran dia macam mana,” luah individu terbabit.
Individu itu juga berkata pasti ramai yang tidak akan percaya dengan pendedahan itu memandangkan bapanya adalah seorang personaliti televisten yang nampak sangat baik ketika berada diuar.
“Kadang-kadang aku terfikir nak sangat semua orang tahu perangai dia (bapanya) yang sebenar. Tapi siapa nak percaya kalau dia dekat luar bila dia bawa watak ‘personaliti TV’ dia tu,” luahnya lagi.
Tambah lagi, disebabkan perwatakan bapanya yang panas baran itu lagi membuatkan individu terbabit berasa takut untuk berkahwin seumur hidup.
“Banyak lagi benda yang kami sekeluarga lalui. Perasaan takut tidak pernah jauh dari kehidupan seharian kami dengan sikap baran dia.
“Mental aku diseksa dari kecil. Sakit. Lagi sakit sebab tidak boleh nak kongsi dengan orang luar. Sebab dia artis yang ‘baik’. Semua lakonan semata-mata.
“Buatkan aku tidak mahu kahwin seumur hidup,” katanya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mula berteka-teki tentang artis yang dimaksudkan, selain menasihatkan individu itu untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa atas tindakan bapanya seperti itu.
Sumber: X @meinmokhtar