‘Ayah Meninggal Dunia Waktu Saya Dalam Flight’

Anak Allahyarham Aman Shah, Afrah Athasha, 24, mendedahkan dia mendapat berita mengenai pemergian arwah ayahnya ketika berada dalam penerbangan dari Singapura ke Kuala Lumpur.

‘ayah meninggal dunia waktu saya dalam flight’

“Berita itu amat mengejutkan kerana ayah sebelum itu dalam keadaan baik. Arwah masih boleh bergurau dan menghubungi saya mahu balik kerana makanan tidak sedap. Semuanya seperti biasa.

“Tiba-tiba, saya dapat panggilan meminta supaya semua datang ke Kuala Lumpur. Namun, ayah meninggal dunia ketika saya dalam penerbangan dari Singapura. Apabila tiba di Kuala Lumpur, telefon saya berdering tidak henti-henti,” ujarnya.

Kongsi Afrah, dia bagaimanapun bersyukur kerana sempat memperkenalkan tunangnya kepada arwah bapa apabila penyanyi “Cinta Tak Seindah Yang Diucap” itu hadir ke majlis pertunangannya di Singapura sekitar awal September lalu.

“Ayah sempat jumpa tunang saya dan emak. Saya bersyukur, kami dapat merapatkan hubungan kekeluargaan. Selepas hampir 20 tahun terpisah, syukur kami kembali dapat bersama,” ujarnya.

Terdahulu, Allahyarham Aman Shah menghembuskan nafas terakhir akibat komplikasi jantung di Unit Rawatan Koronari (CCU), IJN pada 14 September 2022. Arwah berusia 68 tahun.

 

Sumber: Utusan

ARTIKEL BERKAITAN