“Awak Singgah Sekejap Dalam Perut Mommy, Lepas Tu Awak Pergi..” - Amyra Rosli Keguguran

Pelakon Amyra Rosli berkongsi berita duka mengenai keguguran anak ketiganya menerusi sebuah hantaran dalam akaun Instagram.

 

“Awak singgah sekejap je dalam perut mommy. Lepas tu awak pergi. Comel la awak ni. Tak ada rezeki. Tak apa kita fokus shooting dulu,” tulisnya. 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Madam Amyra (@aamyrarosli)

 

 

Dalam pada itu, Amyra juga turut berkongsi gambar alat ujian kehamilan yang mempamerkan keputusan dia sedang hamil.

 

Suaminya Amar Baharin juga turut meninggalkan kata-kata semangat buat isterinya yang tercinta.

 

“Allah sebaik-baik perancang untuk perjalanan hidup dan mati hamba-Nya. Percaya pada qada dan qadar ketentuan Allah. Insya-Allah terjaga iman mommy. Love you sayang. Be strong mommy,” tulisnya.

 

Sumber: Kosmo